Tuesday, December 13, 2011

Fakta Menarik Tentang Bola Sepak Malaysia

Bola sepak merupakan sukan no 1 di Malaysia… Kalau beberapa tahun lepas pasukan bola sepak kita dikritik hebat kerana penampilan yang hambar sama ada di peringkat liga mahupun di peringkat kebangsaan… Tetapi sejak tahun lepas prestasi semakin meningkat dan telah dikagumi oleh jutaan rakyat Malaysia… Walaupun tidak sehebat zaman Mokhtar Dahari, tetapi pencapaian pasukan bola sepak kita sudah boleh dibanggakan… Jom layan fakta menarik tentang pasukan bola sepak Malaysia...

Penampilan terbanyak – Soh Chin Aun (252)
Gol terbanyak – Mokhtar Dahari (152)

Stadium asal – Stadium Merdeka
Stadium sekarang – Stadium Nasional Bukit Jalil

Ranking terbaik – 75 (Ogos 1993)
Ranking terburuk – 170 (April 2008)

Kemenangan terbesar – Malaysia vs Filipina (15-1) 1962
Kekalahan terbesar – Malaysia vs New Zealand (2-8) 1967

Keputusan terbaik perlawanan persahabatan:
Malaysia 1 – 1 England (1970)
Malaysia 2 – 0 Arsenal (1970)
Malaysia 2 – 3 Manchester United (2009)
Malaysia 1 – 0 Korea Selatan (2010)

Kejayaan paling manis pasukan Malaysia ialah ketika layak untuk beraksi di sukan olimpik (1980) di Munich tetapi memboikot atas tindakan pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan

No comments:

Post a Comment