Thursday, August 18, 2011

Bahaya Tidur Selepas Subuh

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi
adalah waktu yang penuh barakah dan di antara
waktu yang kita diperintahkan untuk
memanfaatkannya. Akan tetapi, pada
kenyataannya kita banyak melihat orang-orang
melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang
seharusnya dipergunakan untuk bekerja,
melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata
dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.
Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh
terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat
melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika
menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak
tidur dapat mematikan hati dan membuat badan
merasa malas serta membuang-buang waktu.
Beliau rahimahullah mengatakan,
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-
malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang
dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya
bagi badan
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
Tidur ketika perlu tidur.
Tidur di awal malam – ini lebih manfaat
daripada tidur lewat malam
Tidur di pertengahan siang –ini lebih
bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan
petang.
Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat
kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya
yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu
Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur
semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah
tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari
terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu
untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah).
Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang
sangat besar, menurut orang-orang soleh.
Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan
semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di
waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka
melakukan demikian kerana waktu pagi adalah
waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya
barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin,
1/459, Maktabah Syamilah)
BAHAYA TIDUR PAGI
1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan
As Sunnah.
2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para
salafush soleh (generasi terbaik umat ini),
bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
3. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu
dan amalannya.
4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di
sisa harinya.
Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan
Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata,
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu
muda dan akhir harinya seperti waktu
tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan
seseorang di waktu muda berpengaruh
terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika
seseorang di awal pagi sudah malas-malasan
dengan sering tidur, maka di petang harinya
dia juga akan malas-malasan pula.
Menghambat datangnya rezeki.
Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang
menghambat datangnya rezeki adalah
1. tidur di waktu pagi,
2. sedikit solat,
3. malas-malasan dan
4. berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di
antaranya adalah melemahkan syahwat.
(Zaadul Ma’ad, 4/222)
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment