Wednesday, February 8, 2012

Romance - Ku Ingin Kamu



Demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang ku sayangi
ku akan setia disini
menemani…
sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang ku sayangi
ku akan setia disini
menemani…

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas


Sunday, February 5, 2012

Tutorial Tak Nak Isi Blog di Copy Paste

Assalamualaikum...




Pernah blogger lain copy and paste kamu punye isi dalam blog? Mesti dorang dah xde idea nak buat entry kan. Sebab tu men copy-copy je. Kali ni chemen nak kongsi ilmu mcm mana xnk bagi orang copy paste korang punya isi blog. caranya mudah je,korang ikut je step by step ye. Dengan niat yang ikhlas InsyaAllah jadi n masalah korang dapat diatasi




Mula2 pergi ke 'Dashboard'->'Design'->'Edit HTML'




Seterusnya klip LINK, kemudian copy kod dan paste kedalam "Edit HTML"




Akhir sekali tekan butang SAVE dan tengok hasilnya!!!
mudah saje kan??huhuhu



SELAMAT MENCUBA...

Wednesday, January 18, 2012

Kod Untuk Tulisan Biru Dlm Chat FB

Ingin membuat tulisan warna warni atau meletakkan ikon bergambar di dalam chat facebook?. Kini anda dengan mudah boleh membuatnya hanya dengan menyalin kod-kod yang sudah tersedia di bawah untuk ditampal pada facebook chat.
Dibawah ini adalah kod huruf/alphabet :
[[244961858909298]] = A
[[344113652270150]] = B
[[344991278847613]] = C
[[164461493653696]] = D
[[196752423751220]] = E
[[301630573215430]] = F
[[251496118250464]] = G
[[266394220086654]] = H
[[164866556948132]] = I
[[180599335371968]] = J
[[209067005843651]] = K
[[238594039545396]] = L
[[147702285338528]] = M
[[309221402452022]] = N
[[180901405340714]] = O
[[246506925416551]] = P
[[333343613344059]] = Q
[[123128367803569]] = R
[[316143388416019]] = S
[[334073456605673]] = T
[[199626093460643]] = U
[[224202614323263]] = V
[[336032459740792]] = W
[[205228226232732]] = X
[[142420399202282]] = Y
[[157919817645224]] = Z
Dibawah ini adalah kod ikon :
[[243344945733611]] = Repost
[[mahochat]] = Maho
[[203443053077888]] = I Love Kaskus
[[205827876172490]] = Bingung
[[261018420628968]] = Thumbs
[[328740787138287]] = Nope
[[296027833771776]] = Capede
[[311851138846391]] = Alay
[[guengakak]] = Ngakak
[[171108522930776]] = trollface
[[foreveralonecomics]] = forever alone.
[[MegustaMeMe]] = Me Gusta.
[[149333368464171]] = Yao.
[[145768898802324]] = FUUUUUU.
[[168456309878025]] = LoL.
[[FapFapFapFap.B]] = Fap Fap Fap Fap.
[[106043532814443]] = Y U NO.
[[214457085240151]] = Nothing to do here.
[[129627277060203]] = Poker Face.
[[160723207280093]] = Are you f*cking kidding me?
[[ChallengeAceptado]] = Challenge Accepted
Dibawah ini adalah kod bergambar :
[[252346194801306]] = RUMAH
[[266313623412267]] = PINGWIN LINUX
[[191560730921873]] = LOGO GOOGLE CHROME
[[182809565135565]] = LOGO GOOGLE ++
[[242070735843795]] = LOGO SNAPTU
[[266910496686186]] = LOGO WINDOWS
[[258958334142268]] = LOGO ANDROID
[[google]] = LOGO GOOGLE
[[rhanasaputra]] = SAYA SENDIRI
Dibawah ini adalah kod ikon yang lain :
[[249199828481201]] – Konata Izumi
[[250128751720149]] – Domo Kun
[[223328504409723]] – Gintoki Sakata
[[236147243124900]] – Pokeball
[[326134990738733]] – Pikachu
[[155393057897143]] – Doraemon
[[224502284290679]] – Nobita
[[144685078974802]] – Mojacko
[[334954663181745]] – Spongebob
[[196431117116365]] – Shin chan
[[148935948523684]] – Pedo Bear
[[269153023141273]] – Poring
[[yahoo]]
[[google]]
[[facebook]]
[[kaskus]]
[[amazon]]
[[youtube]]
[[googlechrome]]
[[opera]]
[[internetexplorer]]
[[flock]]
[[microsoft]]
[[microsoftword]]
[[microsoftexcel]]
[[microsoftpowerpoint]]
[[megaxus]]
[[grandchase]]
[[indovision]]
[[history]]
[[sony]]
[[nokia]]
[[telkomsel]]
[[windows]]
[[transformer]]
[[itones]]
[[photosop]]
[[142318662481784]] = Victorbook
[[131763186925449]] = Uksw
[[141996965827812]] = Indonesia
[[137748709592464]] = Indonesia Hiphop Community
[[134068549961650]] = Maluku
[[104527799601292]] = Bali
[[136001599765939]] = Jakarta
[[137951926227398]] = Salatiga
[[140145309347027]] = Topi
I LOVE YOU :
[[164866556948132]] [[238594039545396]] [[180901405340714]] [[224202614323263]] [[196752423751220]] [[142420399202282]] [[180901405340714]] [[199626093460643]]

Monday, January 16, 2012

PENGAJARAN UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN

Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .
Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .

Setahun selepas itu . ..
Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I nak ke kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya
mendapat jodoh wanita yang
diimpikannya . . .
MALAM PERTAMA LELAKI
DAN WANITA YANG BARU
DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ! ! !
Pengajaran: Korang fikirlah sendiri. :P

Sunday, January 15, 2012

Masa Kecil2 Dulu

semasa kecil dahulu pernah buat benda-benda berikut tak?
1. Buka kipas meja, cakap depan kipas sebab hendak dengar suara bertukar.
2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
4. Masa sekolah, ada orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali,menyamar menjadi orang lain, beratur ambil air lagi.
5. Kalau pergi raya, tuan rumah tak bagi duit raya bagi tahu kat kawan jangan pergi rumah tu tak dapat duit.
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ini --> ♥
8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab hendak tengok bila lampu peti ais padam
9. Kalau tidak siap kerja sekolah sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
10. Masa kecil main masak-masak.

Saturday, January 14, 2012

pesanan buat rakan2

Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. Pada insan yang tak mengerti.. Kerana,sekali kau memberi selamanya dia di HATI.. Kerana,sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati..Pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI... [=)]

Tuesday, December 13, 2011

10 tanda dia jodoh kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.